Rss Feed

Info Ringkas

  1. maklumat

    Monday, March 5, 2012

    Program KMK- Keusahawanan Multimedia Kreatif
    Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan usahasama MSC Malaysia bakal menganjurkan program Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK) bermula  Oktober 2010 sehingga Jun 2011.

    Program KMK ini adalah salah satu daripada inisiatif INSKEN dalam mempertingkatkan pendapatan isi rumah golongan terpilih menerusi penglibatan dalam pertandingan Siri Cabaran Pencipta Harta Intektual (IPCC) anjuran MSC Malaysia.

    IPCC adalah sebuah pertandingan tahunan yang bertemakan kandungan kreatif yang menawarkan geran bagi pembangunan multimedia kreatif. Pertandingan ini merangkumi EMPAT kategori seperti komik interaktif digital, animasi, permainan kasual komputer dan permainan telefon mudah alih.

    Kelayakan yang diperlukan untuk menyertai program KMK ialah:
    1.    Bumiputera
    2.    Memiliki sifat-sifat keusahawanan
    3.    Mempunyai latar belakang dalam multimedia kreatif
    4.    Merupakan golongan terpilih yang disasarkan iaitu:


          












    Pembabitan golongan terpilih dalam program ini akan menawarkan peluang untuk mereka meraih pendapatan baru sekaligus membantu golongan ini untuk mempelajari asas kepada multimedia kreatif secara percuma menerusi fasa pertama pelaksanaan KMK. 

    Perlaksanaan Program
    Program ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu:
    Di mana ia melibatkan pelbagai aktiviti daripada bengkel multimedia kreatif dan keusahawanan sehingga ke penghasilan prototaip. 
















    Bagi fasa pertama LAPAN sesi bengkel multimedia kreatif akan diadakan. Lokasinya adalah seperti dibawah.
    Bil
    Lokasi
    Golongan Sasaran
    Tarikh Bengkel
    1
    Johor
    Belia
    20 - 22 Oktober 2010
    2
    Penang
    Belia
    26 - 28 Oktober 2010
    3
    Johor
    Wanita
    9 - 11 November 2010
    4
    Kelantan
    Belia
    21 - 25 November 2010
    5
    Selangor
    Orang Kurang Upaya
    30 November - 2 Disember 2010
    6
     Pahang
    Orang Asli
    8 - 10 Disember 2010
    7
    Kuala Lumpur
    Wanita
    14 - 16 Disember 2010
    8
    Selangor
    Orang Kurang Upaya
    21 - 23 Disember 2010











    **Tertakluk pada perubahan

    Rakan kerjasama
    Rakan kerjasama yang akan terlibat menjayakan program ini ialah :
    Negeri
    Rakan Kerjasama
    Johor
    Iskandar Region Development Authority
    Kedah
    Yayasan Sultanah Bahiyah
    Perak
    Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
    Kelantan
    Jabatan Belia dan Sukan
    K.Lumpur/ Selangor
    Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Pulau Pinang
     Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang